English Bahasa

Selamat Datang ke Dunia Keajaiban Bola Sepak

siapa kami Program Soccaskills adalah untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia di antara 5-16 tahun, amat berminat dalam sukan bola sepak. Program ini juga adalah untuk pemain-pemain muda yang berbakat yang ingin mempertingkatkan permainan mereka serta ingin menjadikan sukan bola sepak sebagai kerjaya mereka.

Soccaskills menggunakan pendekatan baru untuk latihan bola sepak, iaitu melalui latihan khusus dan program penggredan yang memfokuskan serta memberi tumpuan terutamanya kepada aspek-aspek teknikal sukan bola sepak. Pemain-pemain digalakkan untuk berusaha memperkemas kemahiran bola dan teknik-teknik permainan mereka sebelum menyertai kumpulan atau pasukan latihan.

Teras program ini disasarkan kepada peningkatan keupayaan teknikal pemain. Ini dicapai melalui pendekatan yang sistematik sewaktu latihan dan penggunaan permainan bola sepak versi kecil seperti Futsal. Ramai lagenda bola sepak seperti Pele, Ronaldo, Ronaldinho, Christiano Ronaldo dan Messi membesar bermain bola sepak dengan cara sebegini.
fokus kami Perhatian kami adalah ke arah pembangunan belia, di mana pemain-pemain muda digalakkan untuk menghabiskan sebahagian besar masa mereka meningkatkan kemahiran individu mereka, kecekapan pengawalan rapat dan menggelecek bola. Sesi Soccaskills menggalakkan pemain-pemain membuat keputusan cepat, menggunakan daya kreativiti, mengimprovisasi, hantaran satu sentuhan, tendangan tepat, kerja berpasukan dan pergerakan lantunan bola. Kami berusaha untuk menjadikan sesi latihan kami menyeronokkan, laju, merangsang dan menceriakan!
arah kami Di Soccaskills, tujuan kami adalah untuk memberi keputusan cemerlang dalam menyediakan peluang yang terutama serta program latihan untuk anak muda dan para pemain berbakat untuk belajar, menyerlah dan menunjukkan permainan yang baik. Kami percaya dan yakin bahawa anak-anak muda memainkan peranan penting dalam masa depan bola sepak negara ini.
matlamat kami Misi utama kami adalah untuk membangunkan pemain-pemain dari generasi muda yang berwibawa dan cekap secara teknikal. Pemain-pemain akan belajar, mengaplikasi dan meneroka kemungkinan tentang apa yang mereka boleh lakukan dengan bola. Mereka digalakkan untuk mencari jalan keluar daripada situasi yang kritikal samada dengan hantaran bijak atau dengan kemahiran individu. Kami percaya ini akan membantu melatih kanak-kanak mengukuhkan kepercayaan diri dan keyakinan dalam permainan secara spesifik, dan dalam kehidupan secara amnya.

Matlamat kami adalah untuk menyediakan para pemain muda dengan permulaan yang terbaik dalam bola sepak.