Disiarkan Pada: 15 Jan 2013Oleh: Soccaskills

Play4Hope - Program Latihan Bersama Bintang I

Soccaskills dengan bangganya mempersembahkan, Play4Hope – Program Latihan Bersama Bintang pada 1 September 2012 di Persada PLUS, Subang.

Dengan bantuan dari rakan kami dari Wawasan GMR, 10 jurulatih Brazil didatangkan khas ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman and pengetahuan dengan kanak-kanak yang berumur di antara 5 hingga 16 tahun menerusi program ini.

Antara jurulatih dan bekas pemain yang hadir adalah seperti Paulo Sergio (bekas pemain Bayern Munich FC) dan Giovanni (bekas pemain Barcelona FC) yang pernah beraksi dalam pertandingan Piala Dunia 1994 dan 1998. Turut hadir Encik Marcos Grava, Felipe, Fabio Freitas, Alex, Ximenes dan Vizzolli.

Lebih kurang 60 orang kanak-kanak hadir untuk acara tersebut dan adalah harapan kami yang mereka telah berasa seronok, dapat bertemu and berkawan dengan rakan-rakan baru dan belajar satu atau dua perkara daripada mereka ini.

Kami amat berharap semua dapat menikmati pengalaman berlatih dan berinteraksi dengan Jurulatih dan bekas pemain dari Brazil. Ini adalah permulaan kepada lebih banyak program program pengukuhan dan lanjutan yang kami rancangkan dimasa akan datang. Nantikan kemunculan bagi Siri II ..

Klik di sini untuk gambar acara ini

Cerita Bola

Berita dari Padang Soccaskills.